Sebelum aku bercerita tentang sebiji tomato, aku ingin bercerita tentang apa yang terjadi padaku 2 bulan yang lalu. Tanyalah mana-mana orang sekalipun, cerita pasal kecantikkan...semuanya akan menunjukkan reaksi. Ada yang sudah berpuas hati dan lebih ramai yang geleng kepala.KENAPA? berdasaarkan kajian keatas diriku sendiri, setuju atau tidak kerana:-
1) melibatkan kos
2) melibatkan jenama dan reputasi
3) melibatkan risiko
Jika nak hurai satu persatu, 2 hari 2 malam pun tak habis nak menulis. Kesimpulannya...nak cantik kena ada duit sebab nak beli produk kecantikkan ni kalau beli yang cikai sangat nanti takut rosak muka, Kononnya yang mahal tu ada lah jaminan sikit. Selain rawatan sendiri, manjakan lah diri kat salon ke spa ke buat 'facial'.

Tension sangat rasa bila tengok cermin muka naik jerawat yang besar-besar. Asalnya kulit kusam, akhirnya setelah berputus asa, aku berhenti menggunakan produk tersebut dan cuba membuat rawatan sendiri. Muka aku masa tu memang teruk, rasa frust sangat. Aku hilang kepercayaan pada semua produk kecantikkan. Bagi aku, korang nak untung bukan kira apa terjadi kat muka orang. Bila aku berjumpa perunding produk yang aku beli dulu, dia menawarkan facial percuma sebagai tanda bertanggungjawab. Aku menghargai tawaran beliau tapi hati ini sudah tertutup. Terfikir juga, entah nanti lagi teruk.

Kegembiraan tak dapat aku ceritakan, apabila modal yang sangat tak masuk akal, akhirnya mengubah wajahku yang hampir tiada harapan pulih kembali.
Caranya terlalu mudah dan praktikal. Aku jadikan sebiji tomato setiap malam sebagai scrub dan mask sebelum aku masuk tidur. Esok pagi, aku bilas dengan pencuci muka biasa. Amalkan setiap hari...jadi 'waktu facial aku kini aku sendiri yang tentukan' kerana aku tidak perlu alat rawatan yang canggih dan jenama untuk kelihatan berseri. TERFIKIR? kalau lah aku sebagai testimoni yang dah terbukti...apa kata aurora kaseh keluarkan produk kecantikkan pula kali ni???http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=1044197519&ref=profile