CINTAKU UNTUK KASIH
10:04 AM | Author:

"Kau ingat boleh hidup dengan cinta? Cubalah guna cinta kau tu untuk beli makanan untuk anak bini kau!" begitulah kata ibu mertuaku setiap kali datang menziarahi aku dan anak-anak. Sejak dari awal, ibu mertuaku tidak suka Kasih(isteriku) memilihku sebagai teman sehidup sematinya. Namun kasih ibu kepada anak tunggalnya, telah dituruti hajat hati anaknya walaupun tidak pernah secalit pun berkenan dengan diriku. Kasih begitu cinta padaku, begitu juga dengan aku. Berkat kebahagiaan dan kasih sayang kami telah dikurniakan dua orang puteri, Sarah dan Khadija.

Walaupun aku tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, dengan tulang empat kerat yang ada ku kerah sedaya upayaku untuk memenuhi keperluan Kasih dan anak-anak. Aku benar-benar mahu membuktikan kepada ibu mertuaku bahawa aku juga layak untuk menjadi suami kepada Kasih. Aku bekerja sebagai kerani di syarikat swasta disebelah siang dan menjual burger diwaktu malamnya. Sejak berkahwin lebih 3 tahun lalu, itulah rutin hidupku setiap hari. Aku sangat bertuah menjadi suami Kasih. Kasih seorang yang sangat memahami dan menyokongku. Kasih seorang isteri yang solehah dimataku. Kasih...aku benar-benar cintakan mu.

Suatu hari ketika aku sedang berkemas untuk pulang kerumah. Aku terasa sekelilingku seakan berpusing. Aku cuba mencari kekuatan. Aneh, seluruh hujung jariku terasa mengigil. Dunia tiba-tiba menjadi gelap.

"Sayang...bangunlah, Kasih bawa anak-anak ni...tengoklah" rintih Kasih yang tak jemu-jemu menemanku. Ya Allah, rupanya aku telah koma selama 2 minggu. Doktor mengesahkan aku menghidap kanser otak tahap 3. Air mataku mengalir tak putus-putus melihat wajah Kasih, Sarah dan Khadija. Pandangan yang memberi seribu harapan mahu melihat aku sembuh seperti dulu. Fikiranku kembali bercelaru. Apakah aku akan pulih? Bagaimanakah nasib anak-anakku sekiranya aku benar-benar sudah tiada nanti?.

Bagaikan hendak pecah kepalaku. Ku serahkan segalanya kepada Allah. Aku sudah tidak berdaya untuk melihat wajah Kasih. Sayu benar rasa hatiku. Kalaulah hayat aku ditakdirkan tidak lama lagi, aku mohon padamu Ya Allah, kuatkanlah hati Kasih menghadapinya nanti.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, keadaan aku semakin kritikal. Aku kini sedah beberapa kali menjalani rawatan kimoterapi, namun ianya hanya bertahan seketika. Mujurlah aku ada kad perubatan dan begitu juga Kasih, Sarah dan Khadija. Masing-masing sudah ku siapkan bahagian mereka.

"Kasih, abang mungkin pergi. Kasih jangan sedih, Kasih kena kuat. Didik anak kita supaya menjadi hamba Allah yang soleh dan berjaya ye. Kasih teruskan cita-cita kita," pesanku dalam nada yang tersekat-sekat. " Abang, Kasih janji akan didik anak-anak kita sebaik mungkin. Kasih janji akan kuatkan semangat. Kasih yakin dengan cinta kita bang," bisik Kasih sambil mengusap kepalaku. Aku benar-benar kagum dengan Kasih. Walaupun, hakikatnya aku tidak berkesempatan meninggalkan harta untuk Kasih dan anak-anak, Kasih tetap setia dengan cinta kami. Aku menjadi lebih sebak apabila memikirkan hal persekolahan anak-anakku nanti. "Ya Allah, bantulah Kasih", hanya itu yang terdaya ku lakukan disaat ini.

Masaku untuk pergi semakin hampir. Penglihatanku kabur, seluruh anggota badan kurasakan melayang-layang. Tenagaku semakin hilang. Aku tidak berupaya lagi menyebut nama Kasih. Namun hatiku tidak berhenti-henti memohon maaf kepada Kasih. " Kasih...maafkan abang. Abang tak sempat memberi kesenangan kepada Kasih dan anak-anak". Sedikit demi sedikit nafasku mula perlahan dan hilang.

Kasih berada di sisiku ketika aku melelapkan mata buat selama-lamanya. Kasih memeluk Sarah dan Khadija yang masih tidak mengerti kenapa ibunya mengalirkan airmata. "Ayah tido kan bu?" kata Sarah sambil menepuk badanku yang telah kaku. Kasih hanya memandang wajah Sarah dengan sayu tanpa sepatah kata.

SETELAH 18 TAHUN BERLALU....


"Ibu...Sarah dah balik, Khadija tak sampai lagi bu?" begitulah setiap hujung bulan Sarah dan Khadija akan pulang menziarahi ibunya. "Dia dah sampai, tapi dah ke kubur ayah," kata Kasih kepada anak sulongnya. " La..kenapa tak tunggu Sarah, Ibu jom kita turut Khadija nak tak?" cadang Sarah. "Ibu nak solat dulu, baru balik dari kilang. Ibu tak solat Asar lagi", kata ibu sambil bergegas ke bilik air untuk berwuduk.

Kasih kini sudah membuktikan cinta kami mampu memberi kebahagiaan dan harapan untuk Sarah dan Khadija. Wang dari dana Takaful yang diperolehi telah digunakan oleh Kasih untuk membina empayar 'Kasih Burger' yang kini mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia. Aku bangga dengan Kasih. Sarah dan Khadija..kamu teruskan cita-citamu dengan dana pendidikan yang telah ayah sediakan. Walau tidak begitu besar, namun serba sedikit membantu barangkali.

Terima kasih sahabatku Shahdan yang telah menjadi penyelamat cintaku. "Lim, kita kalau tak letak tepi...mesti abis pakai punya. Hari-hari mesti ada je yang perlu", kata Shahdan sambil menepuk bahuku. "Kejam mata Lim..untuk masa depan", sambung Shahdan lagi. " Aku yang kurang pasti apa tindakan aku waktu itu..terus ku turutkan cadangan si Shahdan. "Semoga benar kata-kata kau Shahdan" bisikku dalam hati. Setiap bulan, aku telah ketepikan RM250 untuk di simpan dengan Shahdan. Lagipun, ketika itu kemampuan ku sangat terhad. Pernah rasa nak mengelak untuk teruskan simpanan, namun mengingatkan kata-kata Shahdan yang menakutkan tu..aku tak jadi buat.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan apa yang terbaik untuk kita. "Shahdan...kerana kata-kata kau, Kasih kini bergelar usahawan. Kerana itu juga Sarah dan Khadija tidak berhutang...dan kerana jalan yang kau berikan padaku dulu ibu mertuaku mula menghargai kehadiranku disisi Kasih.

Kini aku lebih tenang melihat perjalanan kehidupan Kasih dan anak-anak yang semakin lancar. Shahdan, kau bukan hanya seorang sahabat. Kau bantu aku dan Kasih. Shahdan..diluar sana masih ramai yang belum tahu, tak mahu tahu, dan takut untuk tahu...bantu mereka seperti yang kau telah buat pada aku. Jangan putus asa Shahdan...cuma mereka belum bersedia seperti aku mula-mula dulu.


|